JALUR GEMILANG







Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang. Jalur gemilang mempunyai simbol bulan sabit dan bintang pecah 14. Terdapat 14 jalur pada Jalur Gemilang yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia. Maksud warna dan lambang Jalur Gemilang adalah seperti berikut :-



Warna / Lambang
Maksud
Kuning
Warna Duli-Duli Yang Maha Mulia (DYM) Raja-raja
Biru tua
Perpaduan rakyat Malaysia
Merah
Semangat berani
Putih
Kesucian
Bintang pecah 14
Perpaduan 13 buah negeri dengan Kerajaan Persekutuan
Anak bulan
Agama Islam sebagai agama rasmi
7 jalur merah dan 7 jalur putih
Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan ,iaitu 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

No comments:

Post a Comment