Unit 9 : SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA KITA

Pengenalan
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan. Sebagai sebuah negara persekutuan, negara kita mempunyai dua peringkat pentadbiran, iaitu:
  • kerajaan pusat
  • kerajaan negeri
Malaysia menjalankan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara.

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu digunakan dalam urusan bahasa rasmi kerajaan. Bahasa Melayu juga menjadi alat perpaduan kaum di Malaysia.

BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah mata pelajaran baru bagi murid tahun 4. Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang menarik. Topik-topik dalam mata pelajaran ini menyentuh tentang adat, budaya dan sejarah. Topik yang ingin dipaparkan di sini adalah tentang Malaysia.


Topik Malaysia akan menyentuh tentang pengetahuan asas tentang Malaysia. Berikut adalah maklumat tentang Malaysia iaitu :-

  • Bendera negeri-negeri di Malaysia
  • Lagu Kebangsaan ' Negaraku '
  • Bunga Kebangsaan
  • Jata Negara
  • Bendera Malaysia 'Jalur Gemilang'
  • Rukun Negara




BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA




LAGU NEGARAKU

BUNGA KEBANGSAAN




Bunga Raya


JATA NEGARA


Jata Negara Malaysia bermotokan "Bersekutu Bertambah Mutu. Warna dan lambang Jata Negara membawa maksud berikut :-

Warna / Lambang
Maksud
Warna Kuning
Warna Duli-Duli Yang Maha Mulia (DYM) Raja-raja
Warna merah, hitam putih dan kuning
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Lima bilah keris
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Dua ekor harimau
Semangat keberanian rakyat dalam mempertahankan keselamatan negara
Bunga raya
Bunga kebangsaan negara
Bulan sabit
Agama Islam sebagai agama rasmi
Bintang pecah 14
Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan ,iaitu 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Lambang 14 buah negeri
Negeri-negeri yang diketuai oleh gabenor, iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah

JALUR GEMILANG







Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang. Jalur gemilang mempunyai simbol bulan sabit dan bintang pecah 14. Terdapat 14 jalur pada Jalur Gemilang yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia. Maksud warna dan lambang Jalur Gemilang adalah seperti berikut :-



Warna / Lambang
Maksud
Kuning
Warna Duli-Duli Yang Maha Mulia (DYM) Raja-raja
Biru tua
Perpaduan rakyat Malaysia
Merah
Semangat berani
Putih
Kesucian
Bintang pecah 14
Perpaduan 13 buah negeri dengan Kerajaan Persekutuan
Anak bulan
Agama Islam sebagai agama rasmi
7 jalur merah dan 7 jalur putih
Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan ,iaitu 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

RUKUN NEGARA

Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan